LightReader

Error in the Loom : I Am the Forbidden One

_SIX_
7
chs / week
The average realized release rate over the past 30 days is 7 chs / week.
--
NOT RATINGS
147
Views
Synopsis
In a world ruled by divine Threads where fate, rank, and identity are woven into every student at the Academy one boy arrives with nothing. No thread. No blessing. No destiny. He should’ve been erased. But instead, the Loom hesitated. It flinched. Now, hunted by the very system meant to define him, Nox must survive an academy built for chosen heroines all while hiding the impossible truth: He is not part of the weave. He is what was cut out. A threadless anomaly in a world that fears the unbound. A forbidden existence the system cannot predict. And somewhere deep beneath the Loom… something has started to unravel.
VIEW MORE

Chapter 1 - Bab 1 Pilihan yang tidak Biasa

Hari ini adalah hari yang dinantikan oleh setiap pelajar, ibu bapa dan guru—hari yang bakal menentukan masa depan anak-anak mereka.

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, SPM bukan sekadar ujian, tetapi langkah penting bagi para pelajar untuk meneruskan pengajian dan melangkah ke tahap yang lebih tinggi.

Dengan satu langkah menuju pintu pagar sekolah, mereka membawa harapan bahawa masa depan bakal ditentukan pada hari ini. Ada pelajar yang panik, ada yang risau, dan ada pula yang seolah-olah tidak peduli akan keputusannya. Namun, mereka tidak menyedari bahawa inilah jalan masa depan yang sedang mereka bina sendiri melalui ujian tersebut.

"Kau rasa aku dapat gred apa nanti? A ke, B… atau mungkin C pun aku dah bersyukur," bisik seorang lelaki kepada kawannya.

"Haih… semoga aku lulus, ya Tuhan," doanya perlahan, kedua-dua tangan ditadah, seolah-olah sedang mencuba nasib terakhirnya.

Seluruh murid berdebar-debar menunggu keputusan gred mereka diumumkan oleh guru. Beberapa minit kemudian, seorang demi seorang keluar dari bilik—ada yang tersenyum lebar kerana lulus, ada yang menangis kerana gagal, dan ada juga yang hanya mampu tunduk menahan penyesalan. Mereka menyalahkan diri sendiri kerana tidak belajar bersungguh-sungguh, merasa seolah-olah mereka tidak berbakat atau tidak cukup pandai.

"Ha… syukurlah aku tak gagal. Janji dapat sijil SPM pun dah cukup, walaupun gred aku taklah cantik sangat."

Nama aku Ziq. Rupaku? Biasa-biasa saja, dan ya… aku belum pernah ada pengalaman bercinta, haha. Hari ini adalah hari terakhir aku sebagai pelajar sekolah menengah. Genap lima tahun aku belajar, fuh… tak sangka sekejap saja masa berlalu. Tahu-tahu, semuanya dah berakhir.

Semua orang ada cita-cita bila tamat belajar, kan? Aku pun sama—cuma cita-citaku sederhana saja: nak bahagiakan ibu bapaku. Bolehkah itu dianggap cita-cita? Entahlah… tapi itulah yang aku inginkan.

Kalau aku tak dapat sambung belajar dengan gred SPM yang aku ada sekarang, mungkin aku boleh cuba memohon pekerjaan. Hidup tetap kena diteruskan, kan?

…Dan begitulah, perjalanan aku pun bermula. Jadi, mari kita lakukan sedikit "time skip" ke masa depanku—untuk melihat siapa aku akhirnya menjadi.

Beberapa tahun kemudian…

Kerusi tempat duduk berbunyi nyet-nyet ketika seorang lelaki duduk menatap skrin komputernya. Lingkaran hitam jelas kelihatan di bawah matanya. "Haaa… akhirnya tiada juga caranya," keluhnya perlahan.

Endingnya memang sudah ditentukan. Aku dah cuba macam-macam cara—ubah jalan cerita, ubah strategi—tapi tetap juga kena ikut aturan game itu. Mesti korang hairan kan dengan situasi aku sekarang?

Ya… aku kini seorang streamer game. Dulu aku pernah mohon kerja, dan sebenarnya aku dapat pun tapi berhenti. Tapi kenapa aku berhenti? Sebab… entahlah, mungkin aku terlalu tertengok jadi terikut trend YouTube yang nampak macam senang—jadi streamer, main game, buat konten. Jadi aku cuba… dan inilah jadinya.

Oh ya, lupa pula nak jelaskan game apa yang aku baru tamatkan dan tengah aku keluhkan ni. Nama gamenya ialah…

THE LOOM

"A Game of Threads and Destiny."

Game ini keluar setahun lepas dan ia mengisahkan tentang takdir—atau lebih tepat, benang takdir—yang mengawal hidup setiap karakter. Dan aku… ya, aku dah tamatkan semua karakternya. Semua heroin. Aku sendiri tak pasti kenapa semuanya perempuan. Mungkin developer-nya penggemar genre yuri? Hahaha, gurau je.

Game ini berlatar di sebuah akademi, dan seperti biasa… ada magic. Cuma beza besar game ini ialah kuasa mereka bukan api, air atau elemen biasa—tapi kuasa yang datang daripada benang, aliran tali takdir yang menentukan perjalanan hidup mereka.

Dan itu saja latar gamenya apakah cukup

penjelasannya? Kembali lagi pada masa tadi.

"Haaa… akhirnya tiada juga caranya," keluhnya perlahan.aku sekarang menatap skrin komputer sambil bermain game THE LOOM apakah memang semua karakternya memang kena berakhir seperti ini? Aku menarik nafas dalam2 kerana lelah mencuba berbagai caranya.

Tiiing!

Bunyi notifikasi tiba-tiba muncul dari komputerkku.

Ha? Email dari mana pula ni…?

TheLoom @xxx.xxx

Terima kasih kerana telah menamatkan game kami. Tahniah daripada pihak pembangunan. Sebagai hadiah kerana melengkapkan keseluruhan permainan, kami ingin menawarkan anda versi seterusnya. Adakah anda berminat?

Ya / Tidak

Hanya dua pilihan… Ziq termenung sebelum menekan dengan mouse. Apakah teruskan bermain versi baru atau tidak.

Nota: pengarang

Saya tahu novel saya ni macam tak betul ya ini saya tak pernah buat novel sebelum ni jadi kalau tak suka tolong komen sahaja